Shiozawa rasa puas bila duduk di tempat khas para pekabung. Tidak enak bunyinya tapi itulah perasaan sebenarnya.
Kesemua urusan berkaitan pengebumian daripada altar, malam berkabung hinggalah kepada majlis perpisahan diuruskan oleh orang bawahannya. Semuanya bersesuaian dengan kedudukannya sebagai seorang pegawai eksekutif.
Kesemua saudara maranya yang tidak akan memalukannya hadir begitu juga dengan sahabat-handai datang mengucapkan takziah.
Shiozawa rasa bersalah dengan sikapnya yang berpura-pura sedih dan reda dengan pemergian orang terdekat tapi dia pasti bukan dia seorang saja yang begini.
Baik majlis kahwin atau berkabung sedikit-sebanyak pasti ada lakonan untuk mengelabui hadirin. Dia tidak perlu berasa rawan.
Ketika inilah sedulang besar sushi istimewa sampai di pintu depan.
Sushi untuk 20 orang itu datangnya dari sebuah kedai sushi besar di depan stesen kereta api. Si pembeli cuma memberikan alamat dan menjelaskan bayaran.
Shiozawa berpandangan dengan isterinya.
Ini mesti kerja Nobuo
Bila berduit, inilah caranya.
Dia akan muncul sejurus selepas dulang sampai.
Ini bukannya road show. Tak payah nak berlakon.
Mahu Shiozawa menyindir Nobuo begitu tapi sedar-sedar budak-budak sudah pun memanjangkan tangan.
“Saya rasa kali ini tak ada apa akan berlaku. Baju kot dan kasutnya nampak baru lagi”
“Jangan tertipu. Kau tengok-tengoklah”.
Nobuo menasihati isterinya yang berbisik di telinganya.
“Kalau berlaku perkara tak elok macam hari tu, aku juga yang malu. Orang bawahan aku ada tu”.
Suaranya agak kuat menyebabkan isterinya menegurnya.
Nobuo mengangguk hormat kepada Shiozawa lalu berjalan menuju ke arah keranda yang ada di depan altar dengan sopan.
Nobuo menyerahkan wang sedekah lantas membakar colok dengan tenang.
Nobuo menekap kedua tangannya sambil menangis teresak-esak.
Shiozawa tidak menyenangi gelagat Nobuo. Dia, anak sulung si mati pun tidak menumpahkan air mata. Nobuo, orang luar tidak perlu berpura-pura begitu.
Adakah lelaki ini mengharungi kehidupan dengan cara ini. Sentiasa melakukan sesuatu untuk menarik perhatian dan mengambil hati orang lain.
Shiozawa rasa marah bila melihat baju kot hitam Nobuo berubah corak kepada jalinan sisik ikan
Nobuo menghampiri Shiozawa lalu mengucapkan takziah. Shiozawa memejamkan mata, menyedut dalam-dalam bau wangian. Sekarang rumah ini, dari bilik air hingga ke bahagian bawah lantai dapur semerbak bau wangi.
Di pintu depan berlaku sedikit kekecohan.
“Isteri Encik Kujiraoka, pegawai eksekutif datang”.
Kedengaran suara kecil membantah,
“Bekas, bekas”
“Encik Kujiraoka cukup”
Kedengaran bisikan di kalangan tetamu yang hadir/Tetamu yang hadir saling berbisik sesama mereka.
Balu kepada bekas pegawai eksekutif, Encik Kujiraoka yang baru meninggal 6 bulan lepas.
Jawatan tersebut diserahkan kepada Shiozawa setahun lalu bila Kujiraoka jatuh.
Kujiraoka yang patah semangat hampir-hampir menjadi gila kerana minum banyak dan 6 bulan lalu meninggal akibat mengambil ubat tidur berlebihan.
Shiozawalah yang menguruskan upacara pengebumiannya.
Isteri Kujiraoka yang berbadan kecil mengucapkan takziah sambil berterima kasih dengan bantuan Shiozawa waktu itu dan meminta maaf kerana tidak dapat membalas jasanya.
Shiozawa berdiri menghantar balu tersebut. Kedengaran suara Nobuo berbisik di belakangnya
“KUJIRAOKA”
Kata-kata diucapkan dengan penuh makna.
Sah tekaannya.
Nobuo memang ada waktu itu.
Nobuo mendengar suara itu.
Shiozawa rasa seperti ditolak dari belakang.