Mutsuo bergaduh soal barang dengan Sugiko.
Sugiko bertanyakan lukisannya. Bila sudah tinggal bersama lebih sepuluh tahun, sukar untuk menetapkan empunya sesuatu barang. Mutsuoa boleh mengambil semula lukisan itu dari ‘Manhattan’ tapi dia tidak mahu usahanya selama ini menjadi sia-sia. .
Sugiko merenung Mutsuo bila Mutsuo kata dia akan membayar ganti rugi.
‘Abang dah bawa ke mana’
Mutsuo ingat renungan tajam seperti itu. Renungan itulah yang ibu beri kepada ayah bila ayah keluar rumah untuk bersama perempuan yang lebih muda.
Ayah juga sering membawa barang rumah keluar. Hiasan dinding, topeng, radio model baru.
Dari nada suara Sugiko yang seolah-olah mencemburuinya membawa keluar lukisan dari rumah, Mutsuo rasa hubungan Sugiko dengan teman lelakinya tidak lancar.
Aku akan cari kerja. Marilah kita berbaik semula
Mutsuo rasa dia boleh balik semula pada Sugiko , tapi Mutsuo sain surat cerai tanpa berkata apa-apa.
‘Manhattan’ ‘ Manhattan’
Tikus putih memusing kincir perlahan-lahan.
Tiga bulan berlalu tanpa ada perkembangan dalam soal kerja mahu pun dengan Mama.
Pada hari Isnin, walaupun hujan, Mutsuo pergi awal ke Manhattan kerana tidak makan pada hari Ahad. Malangnya, kedai tutup.
Di depan kedai, kedengaran Tuan kedai sake dan Tuan kedai daging yang ditipu pembayaran sedang bercakap dengan suara yang kuat dengan pemilik di depan kedai. Nampaknya penyewa Manhattan tidak berpuas hati dengan kontrak dan menutup kedai seperti orang lari malam.
Barulah Mutsuo tahu Hatta itu suami Mama. Nama ‘Manhattan’ diambil dari nama keluarga Hatta.
‘Manhattan, Manhattan’
Tikus putih yang memusingkan kincir angin dalan diri Mutsuo sudah mati.
Mutsuo pulang ke rumah Mutsuo dan duduk di sofa. Giginya mula terasa ngilu
Ada orang mengetuk pintu.
Ketukan perlahan. Mama datang. Mama datang untuk meminta maaf sambil mengembalikan lukisan. Bila pintu dibuka, seorang tua yang tidak dikenali berdiri di depannya. Mutsuo rasa berdebar.
‘Ada payung untuk dibaiki tak?’
Mutsuo menggeleng lalu menutup pintu. Tidak pernah dia mendengar orang datang membaiki payung waktu malam. Nafasnya tertahan bila memikirkan yang orang itu mungkin pencuri yang sedang mencari rumah kosong.
Rasanya dia pernah melihat wajah itu.
Seperti roti Perancis, berwarna coklat, keras dan kaku yang disandarkan di pintu masuk.
Bukankah ia mirip ayah yang telah keluar rumah 20 tahun lalu.
Ketukan kedengaran lagi.
Ketukan yang pernah didengarnya.
Ketukan perlahan. Ketukan yang pernah disangkanya ketukan Mama..adakah itu ketukan ayahnya.
Adakah dia ditinggalkan teman perempuannya atau perlukan wang.
Dia akan masuk jika pintu dibuka. Bila masuk dia akan duduk di sofa, menonton TV sepanjang hari, menjelang tengah hari dia akan makan mi goreng keras......
Ibu yang sudah meninggal sering berkata,
“Apa yang kau buat, sama seperti ayah kau”
Ketukan masih kedengaran.
No comments:
Post a Comment